11 kluster baharu, 242 aktif

PUTRAJAYA 5 Jan. – Sebelas kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster setakat ini sebanyak 548 di mana yang telah tamat adalah 306 kluster menjadikan kluster aktif yang dipantau adalah 242 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Jalan Perindustrian (200 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes), dan Kluster Beringin (65 kes).

Kluster baharu yang direkodkan hari ini adalah

1. KLUSTER JALAN PLAYAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 11 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 180 individu disaring, di mana 68 kes telan dikesan positif dalam kluster ini.

2. KLUSTER SRI SURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 258 individu  disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

3. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEMENYIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 3 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 371 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

4. KLUSTER BUKIT ANGKAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 1 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 83 individu disaring, di mana 25 kes  dikesan positif.

5. KLUSTER PARIT JAMIL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108188) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 612 individu disaring, di mana 62 kes telah dikesan positif.

6. KLUSTER TOMBOVO

Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117629) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 97 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

7. KLUSTER TAPAK BINA JALAN DESA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 800 individu disaring, di mana 116 kes dikesan positif.

8. KLUSTER JALAN RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat membeli-belah. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 125 individu disaring, di mana 25 kes  dikesan positif.

9. KLUSTER LANGIT SELATAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112707) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 43 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

10. KLUSTER BAH SAYAP

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112711) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 48 individu disaring, di mana lima kes dikesan positif.

11. KLUSTER MENGKUANG

Kluster ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115063) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 150 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment