3,000 puntung rokok dikutip

GEORGETOWN 30 Mei – Dalam tempoh satu jam, kira-kira 3,000 puntung rokok yang dibuang di merata tempat secara sewenang-wenangnya, dikutip oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hasil tinjauan dijalankan di sekitar bandar raya ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,000 puntung, dipungut di kawasan parkir sebuah hospital kerajaan di sini. Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata puntung rokok adalah sampah yang paling biasa serta sering tidak disedari, malah ia dibuang merata-rata di jalan raya, taman, pantai dan pasu bunga. Katanya, di Malaysia, perokok sering terlepas daripada tindakan kerana membuang sampah dan…

Read More

WHO : Khairy dilantik lagi

PUTRAJAYA 30 Mei – Selepas diberi penghormatan sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA), Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini dipilih sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO. Mesyuarat Lembaga Eksekutif Ke-151 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebulat suara melantik Khairy bagi mewakili rantau Asia Pasifik. Pengumuman pelantikan yang bermula tahun ini sehingga tahun depan itu dibuat di Geneva hari ini. Pelantikan berkenaan adalah berdasarkan prinsip giliran antara rantau geografi, dengan Malaysia ketika ini adalah ahli Lembaga Eksekutif WHO sejak tahun lalu sehingga 2024. Khairy menyifatkan pelantikan itu sebagai penghormatan buat negara…

Read More

306 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 30 Mei  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 306 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 148,395. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar  berkata, sebanyak 304 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala dua kes lagi hasil daripada 156 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes dilaporkan bagi Kategori 5. Beliau memberitahu ,…

Read More

KJ ucap kembali aktif politik

KUALA LUMPUR 30 Mei – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Rafizi Ramli yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dengan mengetepikan, Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution Ismail. Khairy yang juga bekas ketua Pemuda UMNO menucapkan selamat kembali aktif dalam politik dan memberikan pujian tersendiri kepada Rafizi apabila menganggap bekas ahli parlimen Pandan itu sebagai ahli politik yang amat berbakat besar. “Tahniah Rafizi Ramli kerana menang jawatan timbalan presiden PKR dan selamat kembali aktif berpolitik. Saya selalu mengatakan bahawa anda adalah ahli politik paling berbakat dalam generasi kita dan (saya)…

Read More

Perkembangan positif penularan Covid-19

PUTRAJAYA 30 Mei – Kes penularan Covid-19 di negara ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan termasuk hospital mencatatkan penurunan sebanyak 10 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) 21/2022 iaitu antara 22 hingga 28 Mei lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kes positif Covid-19 yang dipantau di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), ia turut menunjukkan penurunan. “Secara keseluruhannya, bilangan kedatangan pesakit ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), menurun sebanyak 5.1 peratus; bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 6.5 peratus dan…

Read More

68.4 peratus terima dos penggalak

PUTRAJAYA 30 Mei – Seramai 1,166,385 atau 32.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam. Jumlah itu termasuk 4,292 orang kanak-kanak yang tampil mendapatkan dos kedua sepanjang semalam. Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,714,171 atau 48.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,093 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,009,604 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya…

Read More

1,155 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam merekodkan 1,155 kes turun sedikit berbanding 1,645 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,503,734 kes. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 520 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,364,887. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 185, Pulau Pinang 90, Perak 81, Johor 47, Negeri Sembilan 42, Sabah 39, Kedah dan Melaka masing-masing 34, Wilayah Persekutuan Putrajaya 29, Sarawak 27 dan Pahang 13. Kelantan merekodkan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 30 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.90 berbanding 0.94 kelmarin. Tujuh negeri mencatatkan nilai melebihi kadar kebangsaan dengan Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.08 berbanding 1.05 kelmarin. Ini diikuti Sarawak 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Kedah 0.93, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.92, Melaka 0.91 dan Perak menyamai 0.90. Selangor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.88, Johor 0.87 dan Negeri Sembilan 0.85. Sementara itu Pahang mencatatkan 13 kes, Kelantan lima kes, Terengganu dan Perlis masing-masing empat kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan satu…

Read More