1,155 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam merekodkan 1,155 kes turun sedikit berbanding 1,645 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,503,734 kes.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 520 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,364,887.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 185, Pulau Pinang 90, Perak 81, Johor 47, Negeri Sembilan 42, Sabah 39, Kedah dan Melaka masing-masing 34, Wilayah Persekutuan Putrajaya 29, Sarawak 27 dan Pahang 13.

Kelantan merekodkan lima kes, Terengganu dan Perlis masing-masing empat kes, dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Related posts

Leave a Comment