Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 30 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.90 berbanding 0.94 kelmarin.

Tujuh negeri mencatatkan nilai melebihi kadar kebangsaan dengan Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.08 berbanding 1.05 kelmarin.

Ini diikuti Sarawak 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Kedah 0.93, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.92, Melaka 0.91 dan Perak menyamai 0.90.

Selangor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.88, Johor 0.87 dan Negeri Sembilan 0.85.

Sementara itu Pahang mencatatkan 13 kes, Kelantan lima kes, Terengganu dan Perlis masing-masing empat kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment