306 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 30 Mei  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 306 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 148,395.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar  berkata, sebanyak 304 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala dua kes lagi hasil daripada 156 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Tiada kes dilaporkan bagi Kategori 5.

Beliau memberitahu , sebanyak 233 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 146,639 manakala jumlah kes aktif sebanyak 1,533  iaitu lima sedang dirawat di hospital, manakala 1,528 sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu setakat ini, 80.4 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun menerima dos pertama manakala 44.7 peratus menerima dua dos dan 70.4 peratus mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment