Kes harian Malaysia turun

PUTRAJAYA 23 Mei – Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian baharu setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,643 kes, daripada 4.48 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua kematian baharu membabitkan masing-masing satu kes di Selangor dan Kedah di mana satu kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, jumlah kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan dengan 1,817 kes baharu termasuk tiga kes import direkodkan berbanding 2,201 yang dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,491,320.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 26,511 berbanding 28,085 semalam di mana 25,366 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Selangor merekodkan 768 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 331, Pulau Pinang 140, Melaka 104, Negeri Sembilan 98, Perak 85, Johor 69, Kedah 52, Sabah 43, Wilayah Persekutuan Putrajaya 36, Sarawak 35, Pahang 22, Kelantan 15, Terengganu 12, Perlis 6 dan Wilayah Persekutuan Labuan satu.

Seramai 1,087 pula dirawat di hospital dengan  40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment