16,080,331 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 23 Mei – Seramai 1,119,411 atau 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data dalam laman web COVIDNOW, seramai 6,941 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua itu semalam manakala 4,690 lagi mendapatkan dos pertama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan, sebanyak 1,676,457 (47.2 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin berkenaan.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,909,585 (93.5 peratus) telah lengkap vaksinasi, manakala 3,006,147 (96.6 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Di samping itu, seramai 16,080,331 (68.3 peratus) orang dewasa telah menerima dos penggalak, 22,972,728 (97.6 peratus) lengkap dua dos vaksin, dan 23,248,752 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 13,706 dos vaksin diberikan, membabitkan 1,264 dos penggalak, 7,377 dos kedua dan 5,065 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatifnya bawah PICK kini mencecah 70,799,796.

Related posts

Leave a Comment