2,751 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 23 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,751 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 2,678 jangkitan tempatan dan 73 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,272,386 dengan jumlah kematian pula sebanyak 1,377 orang termasuk dua yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Terdapat 2,512 kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia melibatkan 2,443 jangkitan tempatan dan 69 kes import manakala 239 ‬kes lagi…

Read More

Malaysia di tangga keenam Sukan SEA

HANOI: Obor Sukan SEA 2021 dipadamkan malam ini, tanda berakhirnya temasya dan bendera kejohanan diturunkan sebelum diserahkan kepada wakil tuan rumah Sukan SEA Kemboja tahun depan. Sukan SEA 2021 melabuhkan tirai secara rasmi dalam satu acara penuh meriah dan warna-warni di Gimnasium Tertutup Hanoi, di sini. Dengan bertemakan ‘Gather to shine’ majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian penyanyi tempatan Dong Hung, Khanh Linh, Bao Tram dan Pham Anh Duy. Tuan rumah turut memberi penghargaan kepada atlet olahraga terbaiknya, Nguyen Thi Oanh selepas melakar hatrik dalam acara 1,500 meter (m), 3,000m dan…

Read More

Ancaman tidak dipandang ringan

SINGAPURA 23 Mei – Ada pihak yang didakwa mengancam untuk melancarkan serangan serupa 9/11 ke atas Singapura susulan tindakan pihak berkuasa menghalang pendakwah Indonesia memasuki negara ini pada 16 Mei lalu. Ancaman melalui Instagram itu menamakan Presiden dan Perdana Menteri dengan menyifatkan Singapura “negara Islamofobik” dan para pemimpinnya mempunyai 48 jam untuk meminta maaf kepada masyarakat Muslim dan penduduk Indonesia. Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata, pengguna Instagram itu juga mengancam untuk mengusir Duta Besar Singapura ke Indonesia. Di samping itu, instagram juga menyebut akan menghantar para penyokong termasuk…

Read More

Kes harian meningkat semula

BERAKAS 23 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat semula hari ini dengan merekodkan 269 kes berbanding 191 semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 146,775. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 267 adalah hasil Ujian ART dan dua kes lagi hasil 217 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan juga  Kategori…

Read More

Albanese angkat sumpah jawatan PM

CANBERRA 23 Mei – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, 59 mengangkat sumpah jawatan hari ini sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Tokyo dengan mesej negaranya bersedia untuk terbabit dalam agenda perubahan iklim. Pemimpin Parti Buruh itu mengangkat sumpah dalam majlis ringkas di Rumah Kerajaan di Canberra. Albanese berkata, beliau akan bertemu dengan setiap pemimpin di Jepun, tetapi memilih Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan kongsi paling penting dan menyatakan bahawa Presiden Joe Biden ada berbincang sesuatu dengannya. “Rundingan Tokyo akan menjadi cara yang baik untuk menghantar mesej kepada dunia bahawa terdapat kerajaan baharu…

Read More

BN Perlis sedia bergerak solo

KANGAR 23 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis bersedia untuk bergerak solo tanpa melibatkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu tidak ingin meneruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN). Pengerusi BN Perlis, Azlan Man berkata, UMNO negeri tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Pas dan apa yang dilakukan sebelum ini dibuat secara bersendirian. “Tidak ada pun kerjasama politik antara BN dan Pas pada masa ini,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kepada pemberita di sini malam tadi. Beliau berkata, dapat dilihat…

Read More

Dr Yusof kembali kepada UMNO

KOTA KINABALU 23 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Dr Yusof Yacob secara rasminya kembali menyertai UMNO selepas meninggalkan Warisan pada 8 Oktober 2021. Penyertaan beliau ke dalam UMNO diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin semalam.. Bung Moktar berkata, UMNO Sabah sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa saja sama ada mereka yang pernah bersama UMNO suatu ketika dulu atau mereka yang baru ingin menyertai parti itu. “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kemasukan Datuk Dr Yusof Yacob dan rakan-rakan lain bekas ahli Parti Warisan (Warisan)…

Read More

Kaji semula fatwa ke Baitulmuqaddis

SEPANG 23 Mei – Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 mengesyorkan fatwa mengharamkan umat Islam melawat Masjid Al-Aqsa kerana Baitulmuqaddis berada bawah jajahan Israel, dikaji semula. Pengerusi Jawatankuasa sidang, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata ini bagi membantu umat Islam di kawasan berkenaan menggerakkan ekonomi setempat. Beliau berkata, kediaman dan pusat ekonomi rakyat Palestin di kawasan berkenaan dimusnahkan sehingga menjejaskan kehidupan mereka. “Kita juga mengajak untuk menyemak kembali fatwa yang tidak menggalakkan umat Islam datang ke bumi Al-Aqsa atas alasan ia satu pengiktirafan diplomatik terhadap penjajahan Zionis. Dengan perkembangan semasa ketika…

Read More

Situasi dalam negara lebih baik

PUTRAJAYA 23 Mei – Situasi Covid-19 dalam negara sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-20 menunjukkan keadaaan yang lebih baik dengan penurunan kes baharu dan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital, selain peningkatan kes sembuh berbanding minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sepanjang tempoh ME tersebut yang bermula dari 15 hingga 21 Mei, bilangan kes baharu Covid-19 di negara ini menurun sebanyak 28.8 peratus iaitu kepada 13,630 kes berbanding 19,137 pada minggu sebelumnya (ME ke-19). Katanya, perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503…

Read More

Cacar monyet meningkat di Sepanyol

OVIEDO : Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan, dan selebihnya masih dalam siasatan. Menurut laporan media, Sepanyol kekal mencatatkan kluster jangkitan terbesar setakat ini dengan Madrid menjadi pusat penularan. Kes itu turut dikesan sekurang-kurangnya di enam lagi wilayah lain. Menteri Kesihatan Enrique Ruiz Escudero pada Ahad berkata terdapat 30 kes disahkan dan 40 lagi dalam siasatan. Pihak berkuasa kesihatan mengesan wabak itu di pusat mandian gay di Madrid dan pusat itu kini ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan dijalankan. Bagaimanapun,…

Read More