KJ dilantik Naib Presiden WHA

PUTRAJAYA 23 Mei – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilantik sebagai seorang daripada lima Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) Ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Beliau dilantik bersama-sama calon mewakili empat negara lain, iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat (AS).

Video pengumuman itu dikongsikan Khairy dengan media tempatan, malam tadi.

Sementara itu, Penasihat kepada Menteri Kesihatan, Dimishtra Sittampalam, dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.

“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 negara, serta mewakili satu per empat daripada populasi dunia,” katanya.

Sebelum ini Naib Presiden WHA pernah disandang Malaysia yang diwakili Menteri Kesihatan ketika itu iaitu Dr S. Subramaniam pada 2016 dan pada 2004, diwakili Dr Chua Soi Lek.

Related posts

Leave a Comment