2,751 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 23 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,751 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 2,678 jangkitan tempatan dan 73 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,272,386 dengan jumlah kematian pula sebanyak 1,377 orang termasuk dua yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Terdapat 2,512 kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia melibatkan 2,443 jangkitan tempatan dan 69 kes import manakala 239 ‬kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 235 adalah jangkitan tempatan, manakala empat lagi kes import.

Menurut WHO, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.11, kurang sedikit berbanding 1.08 pada Ahad.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 305 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 282 semalam di mana 37 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, empat dipantau rapi di ICU manakala 4,285 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment