Dr Yusof kembali kepada UMNO

KOTA KINABALU 23 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Dr Yusof Yacob secara rasminya kembali menyertai UMNO selepas meninggalkan Warisan pada 8 Oktober 2021.

Penyertaan beliau ke dalam UMNO diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin semalam..

Bung Moktar berkata, UMNO Sabah sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa saja sama ada mereka yang pernah bersama UMNO suatu ketika dulu atau mereka yang baru ingin menyertai parti itu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kemasukan Datuk Dr Yusof Yacob dan rakan-rakan lain bekas ahli Parti Warisan (Warisan) dan diikuti oleh bekas Ketua-Ketua Penerangan Warisan di lima Bahagian pada hari ini (Ahad).

“Ini akan memperkukuhkan parti,” katanya ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri beliau di Kampung Palakat, di Sipitang, pada Ahad.

Mengulas lanjut sokongan rakyat kepada UMNO di Sabah ketika ini, beliau yakin rakyat kembali yakin dan menyokong penuh UMNO dan BN bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Related posts

Leave a Comment