Singapura catat 4,578 kes baharu

SINGAPURA 19 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,578 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 4,471‬ jangkitan tempatan dan 107‬ kes import. Jumlah tersebut menunjukkan pengurangan berbanding 6,442 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,258,691. Dalam tempoh yang sama, dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,371 orang meninggal dunia setakat semalam. Sementara itu, kes baharu Protokol 2 melibatkan 4,099 orang iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala…

Read More

262 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 19 Mei  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 262 kes harian Covid-19 turun sedikit berbanding 300 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini 145,783. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 253 adalah hasil Ujian ART dan sembilan kes lagi hasil daripada 341 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan Kategori 4. Katanya, sebanyak 143 kes…

Read More

New York syor pakai pelitup muka

NEW YORK 19 Mei – Penduduk New York dinasihatkan mengambil pelbagai langkah melindungi diri dari jangkitan Covid-19 termasuk memakai pelitup muka di kawasan awam tertutup susulan peningkatan kes dalam komuniti yang tinggi. Langkah itu juga berikutan tekanan terhadap sistem kesihatan awam semakin meningkat. Datuk Bandar New York Eric Adams bagaimanapun memberi jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap amaran Covid-19 yang tinggi. “Saya bangga dengan apa yang kita lakukan dan bagaimana kita tidak membenarkan Covid-19 mendahului kita. Kita tetap bersedia dan tidak panik. Apabila saya…

Read More

6,305 kes, 42 korban di Thailand

BANGKOK 19 Mei – Thailand merekodkan 42 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes jangkitan baharu pula meningkat kepada 6,305, berbanding 45 meninggal dunia dan 5,633 kes yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,394,915 dengan jumlah kematian pula 29,637norang. Menurut laporan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes baharu itu bagaimanapun tidak termasuk 7,830 keputusan positif hasil ujian antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Daripada jumlah kes baharu itu, 6,271 melibatkan jangkitan dalam kalangan penduduk awam, 32 lagi dalam kalangan penghuni penjara dan dua kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 19 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun lagi kepada 0.91 semalam berbanding 0.97 kelmarin. Sebanyak 11 negeri merekodkan nilai melebihi kadar kebangsaan itu didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.09 dan kadar terendah, Sarawak 0.88. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 1.07, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing 1.05, Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing 1.01. Kedah mencatatkan 1.00, Perak 0.98, Pahang 0.95, Johor 0.94, Selangor 0.92. Sementara itu Terengganu mencatatkan 19 kes, Kelantan 13, Wilayah Persekutuan Labuan lima kes dan Perlis tiga kes. Nilai R-naught merujuk kepada…

Read More

70,722,028 dos diberikan di Malaysia

PUTRAJAYA 19 Mei – Sebanyak 1.079 juta atau 30.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, semalam 4,664 orang kanak-kanak mendapatkan dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 1,079,745 manakala 2,806 mendapatkan dos pertama yang membawa jumlah kumulatif 1,653,491 atau 46.6 peratus. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 403 tampil mendapatkan dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 2,906,702  atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi. Manakala 248 lagi remaja…

Read More

2,017 kes baharu, 7 kematian baharu

PUTRAJAYA 19 Mei – Sebanyak 2,017 kes baharu direkodkan semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 1,469 yang direkodkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,483,295 kes. Sebanyak 29,971 kes aktif Covid-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu, 28,679 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 1,235 dirawat di hospital dengan 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 850 menjadikan jumlah kumulatif 1,355,612 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 383 (354,491), Pulau Pinang 145 (279,890), Perak 94 (202,500) dan Melaka 91 (123,335) Ini…

Read More