70,722,028 dos diberikan di Malaysia

PUTRAJAYA 19 Mei – Sebanyak 1.079 juta atau 30.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, semalam 4,664 orang kanak-kanak mendapatkan dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 1,079,745 manakala 2,806 mendapatkan dos pertama yang membawa jumlah kumulatif 1,653,491 atau 46.6 peratus.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 403 tampil mendapatkan dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 2,906,702  atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi.

Manakala 248 lagi remaja mengambil dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 3,003,996 orang atau 96.5 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah penerima dos penggalak pula meningkat kepada 16,071,981 orang atau 68.3 peratus apabila 2,461 lagi mendapatkan dos berkenaan manakala  22,971,916 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos termasuk 199 yang tampil semalam.

Sementara itu 23,247,755 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 termasuk 200 semalam.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 10,981 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam termasuk 3,254 dos pertama, 5,266 dos kedua dan 2,461 dos penggalak yang menjadikan jumlah keseluruhan 70,722,028

Related posts

Leave a Comment