Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 19 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun lagi kepada 0.91 semalam berbanding 0.97 kelmarin.

Sebanyak 11 negeri merekodkan nilai melebihi kadar kebangsaan itu didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.09 dan kadar terendah, Sarawak 0.88.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 1.07, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing 1.05, Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing 1.01.

Kedah mencatatkan 1.00, Perak 0.98, Pahang 0.95, Johor 0.94, Selangor 0.92.

Sementara itu Terengganu mencatatkan 19 kes, Kelantan 13, Wilayah Persekutuan Labuan lima kes dan Perlis tiga kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment