Singapura catat 4,578 kes baharu

SINGAPURA 19 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,578 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 4,471‬ jangkitan tempatan dan 107‬ kes import.

Jumlah tersebut menunjukkan pengurangan berbanding 6,442 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,258,691.

Dalam tempoh yang sama, dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,371 orang meninggal dunia setakat semalam.

Sementara itu, kes baharu Protokol 2 melibatkan 4,099 orang iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada 4,099‬ kes itu, sebanyak 4,002 adalah jangkitan tempatan dan 97 kes import sementara 479 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 469 jangkitan tempatan, manakala 10 adalah kes import.

Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.14, naik berbanding 1.05 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sebanyak 2,338 pesakit dibenarkan keluar hospital manakala 302 masih dirawat di hospital, naik berbanding 288 semalam di mana 49 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan lapan dipantau rapi di ICU.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Sebanyak 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus sudah lengkap dua dos dan 75 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment