Vietnam gugur syarat ujian Covid-19

HANOI 16 Mei – Mulai semalam, 15 Mei 2022, Vietnam menggugurkan syarat ujian Covid-19 bagi pengunjung yang memasuki negara itu berikutan wabak itu sudah dapat dikawal.

Langkah itu dibuat ketika jumlah kes Covid-19 di Vietnam menurun dengan ketara sejak 15 Mac tahun ini.

Menurut laporan media, dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Vu Duc Dam menyatakan negara juga telah menyaksikan penurunan jumlah kematian Covid-19, kes teruk dan kemasukan ke hospital.

Vietnam menggugurkan syarat pengisytiharan kesihatan untuk ketibaan asing dari 27 April dan sijil vaksin Covid-19, keperluan kuarantin dari 16 Mac sejurus selepas ia membuka semula pelancongan untuk pelawat antarabangsa.

Negara itu setakat ini telah memberikan lebih daripada 216.5 juta dos vaksin Covid-19, di mana hampir 68.7 juta orang telah divaksin dengan sekurang-kurangnya dua dos.

Related posts

Leave a Comment