Raja Salman keluar hospital

JEDDAH 16 Mei – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, meninggalkan hospital pada Ahad selepas menjalani pemeriksaan perubatan dan berjaya menyelesaikan pelan rawatan dan pemulihan kolonoskopinya.

Baginda dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di sini pada Sabtu lalu, bagi menjalani prosedur kolonoskopi di hospital berkenaan.

Menurut laporan media, baginda turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk keluarga serta rakyat di negara itu yang mendoakan kesihatan baginda.

Baginda turut merakamman  penghargaan kepada semua pemimpin serantau dan antarabangsa yang menghantar ucapan selamat kepadanya.

Raja Salman, 86, menjalani pembedahan pada 2020 untuk mengeluarkan pundi hempedunya dan doktor menggantikan bateri perentak jantungnya pada Mac.

Related posts

Leave a Comment