Dunia catat 11,031,905 kes

DALAM tempoh tidak sampai seminggu, jumlah kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 11 juta apabila data  Johns Hopkins University pada 7 pagi ini , 4 Julai 2020 merekodkan 11,031,905 kes dengan 523,777 kematian.

Pada Ahad lalu, selepas enam bulan koronavirus ini dikesan, data itu menunjukkan kes jangkitan mencapai angka 10 juta seperti dijangka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kematian menghampiri setengah juta orang iaitu 499,598.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului negara-negara lain dalam catatan jumlah kes dan kematian diikuti Brazil, Rusia dan India manakala 11 negara lagi, terbaharu Arab Saudi merekodkan lebih 200,000 kes jangkitan

Data menunjukkan, AS merekodkan 2,788,395 kes dan 129,306 kematian iaitu peningkatan berbanding catatan semalam masing-masing merekodkan 2,735,554 dan 128,684.

Brazil turut mencatatkan kes yang tinggi apabila menduduki tempat kedua dengan 1,539,081 dan 61,884 kematian.

Rusia dan India pula mekepasi angka 600,000 kes dengan masing-masing merekodkan 666,941 dan 625,544 kes, juga peningkatan yang ketara berbanding semalam iaitu 660,231 dan 604,641 kes.

Arab Saudi pula memasuki kelompok negara yang mencatatkan 200,000 kes dengan didahului Peru 295,599, Chile 288,089,

United Kingdom 285,787, Sepanyol 250,545, Itali 241,184, Mexico 238,511, Iran 235,429, Pakistan 221,896, Perancis 221,896, Turki 203,456 dan Arab Saudi .201,801.

Lima negara merekodkan lebih 100,000 kes didahului Jerman 196,780, Afrika Selatan 177,124, Bangladesh 156,391 , Kanada 106,896 dan Colombia 106,392.

Qatar pula mencatatkan 98,653 kes diikuti China 84,835, Argentina 72,786, Mesir 72,711 dan Sweden 71,419.

Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 44,216, diikuti Itali 34,833,

Perancis 29,896, Mexico 29,189, Sepanyol 28,385, India 18,213,

Iran 11,260 dan Peru 10,226 .

Related posts

Leave a Comment