Pesawat jemaah haji mendarat di Muscat

SEPANG 4 Mei – Penerbangan KT051 (MH8110) yang membawa 278 jemaah haji Malaysia, terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada pukul 4.11 petang ini waktu tempatan, sebagai langkah berjaga-jaga. Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan malam ini mengesahkan penerbangan itu, terpaksa mendarat di Muscat, susulan pesawat itu mengalami isu teknikal. “Semua 278 Jemaah haji berada dalam keadaan selamat dan pihak keluarga tidak perlu risau,” menurut kenyataan itu tanpa memperincikan dengan lebih lanjut. Terdahulu, KT051 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 2.06 petang waktu Malaysia…

Read More

Dua ADUN Bersatu kini berkecuali

SEPANG 4 Mei – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker mengubah pendirian dan mengumumkan langkah berkecuali susulan perkembangan politik semasa di Negeri Sembilan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengikut jejak rakannya, Ridzuan Ahmad (DUN Gemas) yang lebih awal mengambil pendirian berkecuali petang ini. Minggu lalu, mereka berdua dan tiga lagi ADUN Perikatan Nasional (PN-Pas) menyatakan sokongan terhadap tindakan 14 ADUN BN – UMNO yang menarik sokongan terhadap kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Mohamad Hanifah…

Read More

MUDA sasar 5 hingga 10 kerusi DUN

ISKANDAR PUTERI 4 Mei – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyasarkan untuk bertanding lima hingga 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, kata Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, selain kerusi yang pernah ditandingi, parti juga sedang menilai beberapa kerusi lain yang meliputi pelbagai demografi. “Kita akan lihat semua demografi seperti DUN Larkin di kawasan bandar; DUN Bukit Permai dan Machap pula kawasan separa bandar, malah kawasan pedalaman juga seperti DUN Tenang, “Sekarang dalam proses…

Read More

Sasaran sistematik Israel terhadap wartawan

RAMALLAH – Israel meningkatkan sasaran sistematik terhadap wartawan sebagai sebahagian daripada dasar lebih luas untuk membungkam suara Palestin dan memadam naratif rakyat Palestin. Tindakan itu termasuk pembunuhan secara langsung, penahanan sewenang-wenangnya, gangguan sistematik dan ugutan, sekali gus menjadikannya antara tempoh paling berdarah dalam sejarah kewartawanan Palestin. Demikian laporan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan, Persatuan Tahanan Palestin dan Persatuan Hak Asasi Manusia Al-Dameer, yang dikeluarkan sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Institusi berkenaan berkata, sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza, lebih 260 wartawan terbunuh manakala lebih 240 lagi ditahan, dengan lebih 40…

Read More

Kematian akibat campak di Bangladesh meningkat

DHAKA – Jumlah kematian akibat campak di Bangladesh meningkat kepada 294 sejak pertengahan Mac lalu selepas 10 lagi kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia manakala 1,260 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut buletin Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan, jumlah keseluruhan kes kini mencecah lebih 45,800 di mana ibu negara Dhaka, mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 149 kes. Susulan penularan wabak itu, Bangladesh kini berdepan kekurangan serius kit ujian di seluruh negara sementara pesakit dari kawasan luar bandar dilapor mendapatkan rawatan lanjut di Dhaka, termasuk kemudahan sokongan hayat. Bulan lalu, Pertubuhan…

Read More