945,787 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Mei – Seramai 945,787 atau 26.6 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini, lengkap vaksinasi bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut data dalam COVIDNOW, sepanjang semalam, seramai 15,077 kanak-kanakĀ tampil melengkapkan vaksinasi masing-masing manakala 7,567 lagi mendapatkan dos pertama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Sejumlah 16,045,993 atau 68.2 peratus individu dewasa telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus lengkap dua dos vaksin dan 23,244,381 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurang satu dos pelalian berkenaan.

Sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 diberi, semalam, membabitkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencecah 70,446,288 dos.

Related posts

Leave a Comment