Raja Salman dalam keadaan baik

RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz masih dirawat di sebuah hospital di Jeddah selepas menjalani ujian perubatan kolonoskopi.

Raja Salman dimasukkan ke hospital Sabtu lalu bagi menjalani ujian berkaitan dengan sistem usus pada tengah hari Ahad di Hospital Pakar Raja Faisal.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan Haramain Sharifain malam tadi, keadaan baginda dilaporkan baik selepas pemeriksaan itu.

Berusia 86 tahun, baginda dilaporkan akan berada di hospital tersebut selama beberapa hari untuk berehat atas nasihat pasukan perubatannya.

Pada Mac lalu, Raja Salman dimasukkan ke sebuah hospital di Riyadh untuk menukar bateri perentak jantungnya.

Related posts

Leave a Comment