Arab Saudi catat 339 kes baharu

JEDDAH 9 Mei – Arab Saudi mencatatkan 339 kes baharu Covid-19 semalam, membawa jumlah terkumpul meningkat kepada sebanyak 755,415 kes.

Sebanyak 112 kes sudah pulih, menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih seramai 742,563, iaitu 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negara itu.

Kementerian Kesihatan negara itu juga merekodkan empat kematian akibat komplikasi jangkitan coronavirus dalam tempoh 24 jam lalu, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 9,103 mangsa.

Arab Saudi menjalankan hampir 12,200 ujian baharu Covid-19, manakala jumlah dos vaksin yang disuntik sudah meningkat kepada 64.5 juta.

Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai yang belum mendapatkan suntikan supaya berbuat demikian dengan mendaftar melalui aplikasi Sehhaty.

Related posts

Leave a Comment