904,368 kanak-kanak divaksin

PUTRAJAYA 2 Mac – Sebanyak 24,622 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 904,368 individu atau 25.5 peratus  populasi kanak-kanak pada usia itu menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, semalam juga, 73,262 orang mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 14,736,569 atau 62.6 peratus daripada populasi dewasa.

Setakat ini sebanyak 97.5 peratus populasi dewasa atau 22,950,422 telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 98.7 peratus atau 23,230,349 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Di samping itu, sebanyak 90 peratus atau 2,801,714 daripada populasi remaja telah melengkapkan vaksinasi dan 2,897,292 atau 93.1 peratus lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 101,038 dos vaksin diberikan meliputi 26,476 dos pertama, 1,300 dan 73,262 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 67,313,182.

Related posts

Leave a Comment