Hampir 5,000 kes di Singapura

SINGAPURA 5 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di Singapura hampir mencecah 5,000 apabila 4,733 kes baharu direkodkan hari ini yang meliputi 4,475‬ jangkitan tempatan dan 258‬‬ kes import. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat pukul 12 tengah hari ini adalah 1,208,917. Sementara itu, sebanyak 4,372 kes baharu  Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada jumlah kes itu, sebanyak 4,137 adalah jangkitan tempatan dan 235 kes import. Sebanyak…

Read More

PM Singapura terima SPMJ

SINGAPURA 5 Mei – Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isteri, Cik Ho Ching, akan melawat Johor pada Jumaat 6 Mei bagi menerima anugerah kebesaran negeri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Lee bakal dianugerahkan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) manakala Cik Ho dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ). SPMJ adalah pengiktirafan tertinggi di negeri Johor manakala Cik Ho pula bakal menjadi warga Singapura pertama untuk menerima SMIJ.…

Read More

Lonjakan musim sejuk di Australia

SYDNEY: Australia menjangkakan jumlah kes Covid-19 mungkin melonjak bersama dengan jangkitan selesema ketika negara itu memasuki musim sejuk nanti. Ketika ini, jumlah kematian dan jangkitan Covid-19 semakin meningkat di wilayah New South Wales dan Victoria. Kedua-dua wilayah itu melaporkan lebih 30,000 kes baru dan 31 kematian. Victoria mencatat sejarah sebagai wilayah pertama Australia yang melepasi 3,000 kematian sejak pandemik mula melanda. Perkembangan ini berlaku kurang seminggu selepas Victoria menarik balik pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan beberapa sekatan lain. Hampir separuh daripada angka kematian itu dicatat pada tahun ini…

Read More

Kes harian Thailand bawah 1,000

BANGKOK 5 Mei – Thailand buat hari keempat berturut-turut merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 di bawah 1,000 iaitu 9,790 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,300,614. Jumlah kematian harian juga lebih rendah apabila merekodkan 54 kes berbanding 82 yang dilaporkan meninggal dunia semalam menjadikan jumlah keseluruhan 28,914 meninggal dunia. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes yang direkodkan hari ini tidak termasuk 8,728 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada jumlah keseluruhan 18,518. Kes kematian menurut CCSA melibatkan mereka yang berumur dari 36…

Read More

GPS tidak beri ruang Bersatu

GEDONG 5 Mei – Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian parti itu untuk kekal bertanding di semua 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusinya Abang Johari Tun Openg berkata: “Saya sudah maklumkan sebelum ini, kita (GPS) akan tetap bertanding di semua 31 kerusi Parlimen,” Beliau mengulas isu pertembungan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ) dan GPS di salah satu kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak. Terdahulu Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin memberi bayangan untuk bertanding mengekalkan kemenangannya di kawasan berkenaan pada pilihan raya yang…

Read More

Penerbangan pertama haji 31 Mei

BUKIT GANTANG 5 Mei – Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Makkah dijadualkan pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad. Beliau berkata segala persiapan bagi urusan itu berjalan lancar dan pihaknya sedang menunggu jemaah menjawab surat tawaran yang dihantar Lembaga Tabung Haji (TH) pada 24 April lalu. “Jemaah yang menerima tawaran itu hendaklah membuat persiapan seperti menyediakan pasport antarabangsa, lengkap vaksin dan mempunyai kesihatan yang baik,” katanya pada sidang media pada Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri 2022 di Kampung Sungai Petai, hari ini.…

Read More

146 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 5 Mei  – Brunei Darussalam merekodkan 146 kes baharu Covid-19 berbanding 87 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 142,312. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 134 adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 585 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Dua kes juga direkodkan…

Read More

Awas peningkatan HFMD

PUTRAJAYA 5 Mei – Kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negara ini menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda sehingga ME 17/2022, berbanding tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 22,463 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh itu, berbanding 1,752 kes bagi ME 17/2021. Sehingga kini, sejumlah 767 kes dilaporkan di negara ini dengan tiga negeri mencatat kes tertinggi iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 259 kes (33.7 peratus), Selangor 100 kes (13.0 peratus), dan Perak dengan 98 kes (12.8 peratus).…

Read More

Kes denggi meningkat

PUTRAJAYA 5 Mei – Kementerian Kesihatan merekodkan 1,021 kes denggi pada minggu 17/2022, iaitu peningkatan 54 kes atau 5.6 peratus daripada sebanyak 967 kes minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jumlah kumulatif kes denggi sehingga kini 12,942 kes, berbanding 9,270 kes bagi tempoh sama pada 2021, membabitkan peningkatan sebanyak 3,672 kes atau 39.6 peratus. “Sebanyak tujuh kematian akibat denggi dilaporkan sehingga Minggu Epid 17/2022, peningkatan sebanyak dua kematian atau 40 peratus, berbanding dengan lima kematian bagi tempoh sama pada 2021. Penyakit denggi penyakit jangkitan…

Read More

Umrah luar negara berakhir 30 Syawal

MAKKAH 5 Mei – Arab Saudi mengumumkan musim umrah 1443H bagi jemaah dari luar negara akan berakhir pada 30 Syawal ini. Dalam kenyataannya pada Selasa lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan jemaah luar negara boleh memohon untuk mendapatkan visa umrah individu melalui saluran yang disediakan oleh Arab Saudi. Menurut kenyataan itu lagi, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh permohonan haji 1443H dan prosedur berkaitan melalui saluran rasmi kementerian tersebut tidak lama lagi. Kenyataan itu turut menambah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sudahpun mengeluarkan 6,694,998 permit umrah dan 262,781…

Read More