Lonjakan musim sejuk di Australia

SYDNEY: Australia menjangkakan jumlah kes Covid-19 mungkin melonjak bersama dengan jangkitan selesema ketika negara itu memasuki musim sejuk nanti.

Ketika ini, jumlah kematian dan jangkitan Covid-19 semakin meningkat di wilayah New South Wales dan Victoria.

Kedua-dua wilayah itu melaporkan lebih 30,000 kes baru dan 31 kematian.

Victoria mencatat sejarah sebagai wilayah pertama Australia yang melepasi 3,000 kematian sejak pandemik mula melanda.

Perkembangan ini berlaku kurang seminggu selepas Victoria menarik balik pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan beberapa sekatan lain.

Hampir separuh daripada angka kematian itu dicatat pada tahun ini saja.

Secara keseluruhan, terdapat lebih 7,000 kematian akibat Covid-19 di merata Australia.

Sementara itu, pihak berkuasa menggesa semua penduduk mendapatkan suntikan selesema mereka menjelang musim sejuk nanti.

Penduduk diberi amaran bahawa mereka berisiko dijangkiti Covid-19 dan selesema secara serentak.

Jangkitan serentak ini dirujuk sebagai “flu-rona”.

Related posts

Leave a Comment