BERAKAS 5 Mei – Brunei Darussalam merekodkan 146 kes baharu Covid-19 berbanding 87 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 142,312.
Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 134 adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 585 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.
Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Dua kes juga direkodkan dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Sebanyak 132 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 141,540
manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 587 kes, iaitu 10 kes sedang dirawat di hospital, manakala 577 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.
Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 312 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam, 4 Mei menjadikan jumlah keseluruhan 21,979 orang atau 51.2 peratus daripada populasi keseluruhan .
Sebanyak 20 lagi kanak-kanak menerima dos kedua menjadikan 2,025 dos atau 4.7 peratus manakala 65.6 peratus penduduk mendapat dos ketiga.
