PM Singapura terima SPMJ

SINGAPURA 5 Mei – Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isteri, Cik Ho Ching, akan melawat Johor pada Jumaat 6 Mei bagi menerima anugerah kebesaran negeri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Lee bakal dianugerahkan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) manakala Cik Ho dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ).

SPMJ adalah pengiktirafan tertinggi di negeri Johor manakala Cik Ho pula bakal menjadi warga Singapura pertama untuk menerima SMIJ.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), Lee dan Cik Ho akan melakukan lawatan ke Johor atas undangan Sultan Ibrahim dan majlis istiadat permayshuran anugerah akan diadakan di Istana Besar.

Selepas majlis itu, Sultan akan mengadakan jamuan tengah hari rasmi sebagai penghormatan kepada Lee dan Cik Ho.

Ahli Darjah SPMJ sebelum ini termasuk mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong serta mantan Menteri Undang-Undang Singapura E W Barker.

Related posts

Leave a Comment