PKRC di Putrajaya dan Klang

PUTRAJAYA 2 Mei – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dibuka di Hospital Putrajaya (HPJ) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) masing-masing dengan kapasiti 20 katil. Langkah itu sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes positif. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKRC Zon Wilayah Tengah (ZWT) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijangka ditutup bulan ini berikutan bilangan pesakit yang semakin berkurangan. “Kami telah siap PKRC di HTAR dan HPJ walaupun masih tidak digunakan kerana pesakit semakin berkurang. “Kalau kita lihat 99.5 peratus pesakit Covid-19 adalah dalam…

Read More

Singapura jelaskan kekeliruan Aidilfitri

SINGAPURA 2 Mei – Pejabat Mufti Singapura tampil memberi penjelasan berhubung pengumuman awal Syawal tahun ini yang ditetapkan pada 3 Mei. Kenyataan lewat malam tadi adalah susulan kekeliruan dan komen-komen negatif yang disuarakan di lelaman media sosial mengenai perbezaan tarikh 1 Syawal antara Singapura dengan negara-negara Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama (MABIMS) yang lain iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam menyambut Aidilfitri sehari lebih awal iaitu pada Isnin, 2 Mei Dalam kenyataannya yang diterbitkan di Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Mufti Negara Dr…

Read More

Agong, PM solat Aidilfitri di Masjid WP

KUALA LUMPUR 2 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Pasangan diraja itu tiba di masjid berkenaan pada pukul 8.14 pagi bersama anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah. Solat sunat dipimpin Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Muhyidin Aziz @ Saari itu turut disertai Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob yang tiba pada pukul 8.07 pagi. Selain itu, anggota Jemaah Menteri dan Timbalan…

Read More

24.5 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 2 Mei – Seramai 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 9,646 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua itu manakala 1,701 mendapat dos pertama menjadikan 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185…

Read More

Kes meningkat selepas Aidilfitri?

PUTRAJAYA 2 Mei – Penularan Covid-19 dijangka meningkat selepas musim perayaan Aidilfitri ini, namun majoriti adalah kes Kategori Satu dan Dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata hasil pemerhatian terhadap trend kes Covid-19 di negara ini, pihaknya mendapati 99.5 peratus adalah jangkitan Kategori Satu serta Dua, iaitu tiada gejala dan bergejala ringan. Malah, beliau berkata, peratusan penggunaan alat bantuan pernafasan oleh pesakit Covid-19 juga menunjukkan trend menurun. “Kita menjangkakan selepas raya, kes berkemungkinan akan meningkat tetapi kebanyakannya adalah jangkitan Kategori Satu dan Dua. Kemasukan kes ke…

Read More

Elok pakai pelitup muka

PUTRAJAYA 2 Mei – Lindungi warga emas, pakai pelitup muka. Itu nasihat kepada orang ramai yang berada di tempat sesak, bagi melindungi golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak daripada jangkitan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu adalah supaya sambutan Aidilfitri diraikan dengan selamat, meskipun pemakaian pelitup muka di kawasan luar bangunan tidak lagi diwajibkan. Katanya, walaupun Malaysia sudah berada dalam fasa peralihan ke endemik, Covid-19 masih menjadi musuh utama dan usaha memeranginya tetap diteruskan. “Sambutan Syawal kali ini adalah satu rahmat untuk kita meraikannya…

Read More

Malaysia catat penurunan kes harian

PUTRAJAYA 2 Mei – Malaysia merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 semalam dengan merekodkan 1,503 kes berbanding 2,123 kes baharu kelmarin. Menurut data di laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Perkembangan itu menyaksikan Malaysia terus mencatat trend penurunan jangkitan berbanding 2,585 pada Jumaat, 2,944 pada Khamis dan Rabu 3,481. Dalam masa sama, sebanyak 5,839 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,372,790 kes. Sementara itu, sebanyak tiga kes kematian Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian…

Read More