Malaysia catat penurunan kes harian

PUTRAJAYA 2 Mei – Malaysia merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 semalam dengan merekodkan 1,503 kes berbanding 2,123 kes baharu kelmarin.

Menurut data di laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menyaksikan Malaysia terus mencatat trend penurunan jangkitan berbanding 2,585 pada Jumaat, 2,944 pada Khamis dan Rabu 3,481.

Dalam masa sama, sebanyak 5,839 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,372,790 kes.

Sementara itu, sebanyak tiga kes kematian Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,550 kes, serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,522 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 41,167 kes aktif dilaporkan melibatkan 39,995 kes dikuarantin di rumah, 29 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala, seramai 1,074 kes di hospital dengan 69 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 45 kes memerlukan bantuan sokongan alat pernafasan

Related posts

Leave a Comment