24.5 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 2 Mei – Seramai 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 9,646 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua itu manakala 1,701 mendapat dos pertama menjadikan 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,243,448 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 12,380 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, 10,015 dos kedua dan 518 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325, 128.

Related posts

Leave a Comment