Cuti 1 Mei dibawa ke hari Rabu

PUTRAJAYA 1 Mei – Susulan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei, kerajaan bersetuju mengubah hari kelepasan am yang diumumkan sebelum ini. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, cuti Hari Pekerja akan secara automatik dibawa kepada Rabu ini. “Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei…

Read More

Satu lokasi nampak anak bulan

KUALA LUMPUR 1 Mei – Salah satu daripada 29 lokasi cerapan anak bulan telah mengesahkan kenampakan anak bulan Syawal, sekali gus menyebabkan 1 Syawal diisytiharkan pada 2 Mei 2022. Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah berkata cuaca yang cerah serta tiada sebarang halangan memungkinkan anak bulan Syawal dilihat di negara ini. “Pada kali ini agak berlainan daripada kebiasaan sebenarnya kerana salah satu lokasi daripada 29 lokasi yang diwartakan untuk mencerap anak bulan telah melaporkan kenampakan anak bulan. “Jadi dengan kenampakan anak bulan tersebut, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah isytiharkan…

Read More

Singapura sambut Aidilfitri 3 Mei

SINGAPURA 1 Mei – Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir hari ini mengumumkan bahawa hari pertama Syawal 1443H/2022 jatuh pada Selasa, 3 Mei 2022. Ini bermakna umat Islam di Singapura tidak akan menyertai rakyat Malaysia, Brubei Darussalam, Indonesia dan Thailand menyambut Hari Raya esok 2 Mei. Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak juga mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS. “Ini bererti esok (2 Mei) adalah hari pencukup bulan Ramadan selama…

Read More

Malaysia berhari raya Isnin

KUALA LUMPUR 1 Mei – Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri, esok, Isnin, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,  Syed Danial Syed Ahmad malam ini, selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi. “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya. Beliau berkata…

Read More

Negara-negara Arab raya Isnin

BEBERAPA negara Arab termasuk Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin ini, berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam. Semalam,, Istana Diraja Saudi berkata anak bulan Syawal, bulan ke-10 dalam kalendar Islam, tidak kelihatan pada Sabtu (30 April). Turut berhari raya pada Isnin adalah Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain dan Yaman. Begitu juga dengan  Mesir, Sudan, Libya, Lubnan, Syria dan Palestin akan menyambut Hari Raya Aidilfitri padaUmat Islam Sunni di Iraq juga akan menyambut permulaan Aidilfitri pada hari yang sama. Sementara itu, kumpulan Syiah di Oman, Jordan dan…

Read More

Pengecualian 3 kumpulan pengembara

PUTRAJAYA 1 Mei – Tiga kumpulan pengembara tidak perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan bermula hari ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia termasuk pengembara berusia 18 tahun dan ke atas yang lengkap vaksinasi dan pengembara berusia 17 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi. “Kumpulan ketiga iaitu pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19 dalam tempoh enam ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia tanpa mengira status vaksinasi. “Semua kumpulan pengembara ini juga tidak perlu menjalani kuarantin,” katanya dalam kenyataan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.61

PUTRAJAYA 1 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.61 berbanding 0.65 kelmarin. Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului dengan kadar 1.02 berbanding 1.03 kelmarin. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.82, Sabah 0.77, Pulau Pinang 0.76, Melaka dan Perak masing-masing 0.75, Negeri Sembilan 0.74 dan Sarawak 0.70. Selangor merekodkan 0.69, Johor 0.66, Kedah dan Pahang masing-masing 0.65 dan Terengganu 0.59. Sementara itu Kelantan merekodkan 15 kes diikuti Perlis empat kes dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan…

Read More

24.2 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 1 Mei – Sebanyak 858,054 atau 24.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sepanjang semalam seramai 25,347 lagi kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi mereka. Bagi kumpulan umur kanak-kanak yang sama, sebanyak 1,535,126 atau 43.3 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 6,615 yang mendapatkan suntikan semalam. Sementara itu, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,109 atau 93 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,991,866 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya…

Read More