Negara-negara Arab raya Isnin

BEBERAPA negara Arab termasuk Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin ini, berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.

Semalam,, Istana Diraja Saudi berkata anak bulan Syawal, bulan ke-10 dalam kalendar Islam, tidak kelihatan pada Sabtu (30 April).

Turut berhari raya pada Isnin adalah Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain dan Yaman.

Begitu juga dengan  Mesir, Sudan, Libya, Lubnan, Syria dan Palestin akan menyambut Hari Raya Aidilfitri padaUmat Islam Sunni di Iraq juga akan menyambut permulaan Aidilfitri pada hari yang sama.

Sementara itu, kumpulan Syiah di Oman, Jordan dan Iraq akan melihat anak bulan Syawal pada Ahad untuk menentukan permulaan Aidilfitri.

Related posts

Leave a Comment