Kadar kebolehjangkitan 0.61

PUTRAJAYA 1 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.61 berbanding 0.65 kelmarin.

Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului dengan kadar 1.02 berbanding 1.03 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.82, Sabah 0.77, Pulau Pinang 0.76, Melaka dan Perak masing-masing 0.75, Negeri Sembilan 0.74 dan Sarawak 0.70.

Selangor merekodkan 0.69, Johor 0.66, Kedah dan Pahang masing-masing 0.65 dan Terengganu 0.59.

Sementara itu Kelantan merekodkan 15 kes diikuti Perlis empat kes dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment