24.2 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 1 Mei – Sebanyak 858,054 atau 24.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sepanjang semalam seramai 25,347 lagi kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi mereka.

Bagi kumpulan umur kanak-kanak yang sama, sebanyak 1,535,126 atau 43.3 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 6,615 yang mendapatkan suntikan semalam.

Sementara itu, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,109 atau 93 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,991,866 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,034,886 individu dewasa atau 68.2 peratus sudah menerima dos penggalak manakala 22,967,044 atau 97.6 peratus melengkapkan dua dos vaksin dan 23,243,382 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 35,318 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 7,067 dos pertama, 26,319 dos kedua dan 1,932 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,311,109.

Related posts

Leave a Comment