2,478 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 April – Malaysia kembali mencatatkan kes baharu Covid-19 bawah 3,000 dengan 2,478 kes baharu dilaporkan setakat semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,433,551.

Kali terakhir negara ini mencatatkan kes Covid-19 bawah lingkungan berkenaan adalah pada 2 Januari lalu dengan 2,882 kes.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes baharu yang dikesan itu membabitkan 2,471 kes penularan tempatan dengan tujuh kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Bagi kes tempatan, daripada 2,471 kes sebanyak 2,356 melibatkan warganegara (95.3%) dan 115 bukan warganegara (4.7%).

Sebanyak 98 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 54 kes disahkan Covid-19; 44 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Di samping itu, sebanyak 63 kes memerlukan bantuan pernafasan di mana 36 kes disahkan Covid-19; 27 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Sementara itu, sebanyak 9,215 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,330,037 kes.

Daripada 2,478 kes harian yang dilaporkan pada 25 April 2022:

  • Kategori 1: 928 kes (37.45%);
  • Kategori 2: 1,518 kes (61.26%);
  • Kategori 3: 16 kes (0.65%);
  • Kategori 4: 11 kes (0.44%); dan
  • Kategori 5: 5 kes (0.20%).

Daripada 32 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 25 April 2022:

  • 16 kes (50.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 10 kes (31.25%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 6 kes (18.75%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 18 kes (56.25%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 19 kes (59.38%) mempunyai komorbid.

Related posts

Leave a Comment