Kadar kebolehjangkitan turun mendadak

PUTRAJAYA 24 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun mendadak kepada 0.77 berbanding 0.81 kelmarin.

Tujuh negeri mencatatkan kadar melebihi 0.77 didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 1.10, satu-satunya negeri melebihi kadar 1.00.

Ini diikuti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 0.85, Negeri Sembilan 0.84, Perak 0.83, Melaka 0.82, dan Sabah 0.78.

Terengganu merekodkan 0.75, Pulau Pinang 0.74, Johor 0.71, Kedah 0.68, Sarawak 0.67, Kelantan 0.65 dan Pahang 0.61.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan sembilan kes dan Perlis tiga kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment