200,000 rakyat Sabah berhijrah

SIPITANG 24 April – Hampir 200,000 rakyat Sabah berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja, kata Ketua Menteri Hajiji Noor. Justeru menerusi inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Sabah sedang berusaha mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak mungkin bagi mengelakkan penghijrahan. Katanya, Sabah di bawah pimpinan GRS-BN memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan negeri yang mesra pelabur bagi menarik pelaburan asing untuk datang. “Kita mahu bawa masuk pelabur ke Sabah supaya kita dapat wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum belia kita,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata 10 syarikat utama telah menandatangani Memorandun Persefahaman…

Read More

Kes harian turun kepada 5,624

PUTRAJAYA 24 April – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan semalam dengan merekodkan 5,624 berbanding 6,342 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,427,067 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,835 kes atau 68.19 peratus adalah membabitkan pesakit dalam Kategori 2. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 1,765 pesakit atau 31.38 peratus dalam Kategori 1, manakala 12 pesakit atau 0.21 peratus dalam Kategori 3 dan masing-masing enam pesakit (0.11 peratus) dalam Kategori 4 dan 5. Daripada 24 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun mendadak

PUTRAJAYA 24 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun mendadak kepada 0.77 berbanding 0.81 kelmarin. Tujuh negeri mencatatkan kadar melebihi 0.77 didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 1.10, satu-satunya negeri melebihi kadar 1.00. Ini diikuti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 0.85, Negeri Sembilan 0.84, Perak 0.83, Melaka 0.82, dan Sabah 0.78. Terengganu merekodkan 0.75, Pulau Pinang 0.74, Johor 0.71, Kedah 0.68, Sarawak 0.67, Kelantan 0.65 dan Pahang 0.61. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan sembilan kes dan Perlis tiga kes. Nilai R-naught merujuk…

Read More

667,069 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 24 April – Seramai 667,069 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 18.8 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam, sebanyak 51,400 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids). Pada masa yang sama,sebanyak 1,477,888 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 41.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.  Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,885,265 individu atau 92.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,985,091 atau 95.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos Menurut COVIDNOW, bagi populasi dewasa pula sebanyaj 16,006,894 individu atau 68…

Read More