667,069 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 24 April – Seramai 667,069 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 18.8 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam, sebanyak 51,400 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Pada masa yang sama,sebanyak 1,477,888 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 41.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,885,265 individu atau 92.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,985,091 atau 95.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos

Menurut COVIDNOW, bagi populasi dewasa pula sebanyaj 16,006,894 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,963,872 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua, manakala 23,240,846 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 73,767 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 17,177 dos pertama, 53,369 dos kedua dan 3,221 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,013,893.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Kedah merekodkan jumlah tertinggi iaitu enam kes manakala Johor, Sabah dan Sarawak masing-masing mencatatkan satu kes.

Related posts

Leave a Comment