23 juta kenderaan mudik lebaran

JAKARTA 18 April – Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta penduduk di negara itu untuk pulang ke kampung lebih awal mengikut kesesuaian cuti kerja bagi mengelakkan kesesakan teruk yang bakal berlaku menjelang lebaran tahun ini. “Saya mengajak masyarakat mudik lebih awal dan tentu saja menyesuaikan jadual libur (cuti) dari tempat pekerjaan,” kata Jokowi dalam satu ucapan di Istana Merdeka, kompleks Istana Kepresidenan malam ini. Katanya, puncak arus mudik dijangka terjadi pada 28, 29 dan 30 April ini di mana 23 juta kereta dan 17 juta motosikal akan berada di jalan raya…

Read More

Singapura lapor 2,480 kes baharu

SINGAPURA 18 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,480 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, terdiri daripada 2,402 jangkitan tempatan dan 78 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,162,780. Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 1,316 orang. Menurut MoH, sebanyak 2,199 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada jumlah kes itu, 2,139 adalah jangkitan tempatan dan 60 kes import manakala 281 kes disahkan…

Read More

Kes Indonesia di bawah 1,000 kes

JAKARTA 18 April – Jumlah kes harian Covid-19 di Indonesia turun di bawah 1,000 kes dengan merekodkan 599 kes terdiri daripada 545 kes tempatan dan 14 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 6,039,873. Jumlah kes aktif pula sebanyak 50,659 kes iaitu berkurangan sebanyak 7,309 berbanding semalam. Angka kesembuhan pula bertambah sebanyak 7,831 iaitu 7,805 kes tempatan dan 26 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 5,833,560. Sebanyak 37 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 155,903 orang. Terdapat lima provinsi yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jakarta 170,…

Read More

Majlis iftar di Istana Negara

KUALA LUMPUR 18 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri, orang kenamaan dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Muhaini Zainal Abidin hadir di majlis itu bersama Jemaah Menteri yang lain. Orang kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu ialah Ketua Hakim Negara  Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, serta bekas Perdana Menteri…

Read More

MoU tamat bukan bererti PRU-15

PETALING JAYA 18 April – Penamatan tempoh perjanjian MoU gencatan politik yang berakhir selepas Julai tahun ini belum pasti akan mencetuskan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim. Beliau yang tidak melihat polemik perjanjian MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik  di antara koalisi itu dan kerajaan terlalu penting untuk dibincangkan ketika ini. Jelas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, perkara itu (PRU) terpulang kepada pendirian parti-parti kerajaan dan pembangkang untuk menentukan bentuk keutamaan bersama yang perlu dicapai selepas tempoh perjanjian MoU berakhir. MoU itu sendiri…

Read More

Pas tidak akan kerjasama dengan PH

KUALA LUMPUR 18 April – Pas tidak akan menjalin sebarang kerjasama politik dengan parti pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) menerusi pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata Pas konsisten dengan pendirian mendukung dan memperkuatkan kerajaan yang diterajui bersama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan STAR. Katanya, Pas amat yakin pendekatan penyatuan ummah melalui kolaborasi parti utama di negara ini berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera adalah formula paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.…

Read More

Sesi persekolahan kembali normal

PUTRAJAYA 18 April – Suasana persekolahan di seluruh negara kembali normal sepenuhnya apabila 5,074,927 pelajar sekolah rendah dan menengah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, sepenuhnya.. Hari ini, 415,872 murid Tahun Tiga, Empat dan Lima di sekolah rendah memulakan PdP secara bersemuka, hari ini. Mereka adalah pelajar sekolah di negeri Kumpulan B di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Negeri kumpulan A sudah memulakan persekolahan semalam membabitkan 130,177 pelajar di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Kementerian Pendidikan…

Read More

Tiada paksaan dos penggalak kedua

PUTRAJAYA 18 April – Kementerian Kesihatan hanya mengesyorkan dan tidak ada paksaan bagi warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Menerusi video berdurasi 2.20 minit di Twitter beliau hari ini, Khairy berkata, individu terlibat diberikan pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak bagi menambah perlindungan terhadap gejala serius COVID-19. “Ini pilihan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan sahaja. Jangan kata saya paksa, saya cuma nak pastikan warga emas kita dapat perlindungan yang terbaik, terutama bila anda semua balik kampung ramai-ramai nanti,” katanya. Sementara…

Read More