Kes jangkitan harian turun 6,623

PUTRAJAYA 18 April – Malaysia terus mencatatkan penurunan kes harian Covid-19 selepas negara merekodkan 6,623 kes baharu semalam (Ahad) berbanding 9,705 kelmarin .

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,610 kes adalah jangkitan tempatan, manakala 13 kes adalah kes import.

Kes import melibatkan 11 warganegara dan dua bukan warganegara manakala kes tempatan melibatkan 6,351 warganegara dan 259 bukan warganegara

Katanya, sebanyak 6,581 kes (99.37%) adalah dari kategori satu dan dua, manakala 42 (0.63%) kes adalah dalam kategori tiga, empat, dan lima.

Sebanyak 126 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) iaitu 66 kes disahkan Covid-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Pada masa sama, 76 pesakit memerlukan bantuan pernafasan iaitu 43 kes disahkan Covid-19; 33 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Sebanyak 11,233 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,249,704 kes.

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 6,623 kes harian yang dilaporkan pada 17 April 2022:

  • Kategori 1: 2,768 kes (41.79%);
  • Kategori 2: 3,813 kes (57.58%);
  • Kategori 3: 15 kes (0.23%);
  • Kategori 4: 8 kes (0.12%); dan
  • Kategori 5: 19 kes (0.28%).

Daripada 42 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:

  • 11 kes (26.19%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 14 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 17 kes (40.48%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 25 kes (59.52%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 23 kes (54.76%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,990 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 6;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,870 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 120 kluster.

Related posts

Leave a Comment