Kes Indonesia di bawah 1,000 kes

JAKARTA 18 April – Jumlah kes harian Covid-19 di Indonesia turun di bawah 1,000 kes dengan merekodkan 599 kes terdiri daripada 545 kes tempatan dan 14 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 6,039,873.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 50,659 kes iaitu berkurangan sebanyak 7,309 berbanding semalam.

Angka kesembuhan pula bertambah sebanyak 7,831 iaitu 7,805 kes tempatan dan 26 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 5,833,560.

Sebanyak 37 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 155,903 orang.

Terdapat lima provinsi yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jakarta 170, Jawa Barat 124, Jawa Tengah 49, Banten 44, dan Jawa Timur 31.

Bagi program vaksinasi, penerima vaksin pertama bertambah 56,228 dengan jumlah melebihi 198 juta atau 198,248,066, vaksin kedua 129,038 menjadikan jumlah keseluruhan 162,879,065, vaksinasi ketiga 401,487 menjadi jumlah kumulatif 31,348,872.

Related posts

Leave a Comment