Majlis iftar di Istana Negara

KUALA LUMPUR 18 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri, orang kenamaan dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Muhaini Zainal Abidin hadir di majlis itu bersama Jemaah Menteri yang lain.

Orang kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu ialah Ketua Hakim Negara  Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, serta bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Filipina, India dan Brunei.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak serta sunat Tarawih berjemaah bersama tetamu dan diimamkan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Majlis berbuka puasa itu adalah kali pertama diadakan di Istana Negara selepas dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Related posts

Leave a Comment