SEPANG 2 Ogos – Selepas bertahun-tahun tidak bertanding di Negeri Sembilan, MCA kini kembali ke Dewan Undangan Negeri (DUN) itu susulan kemenangan dua calonnya pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan 2026.
Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong berkata, selepas empat kali berturut-turut PRN Negeri Sembilan tanpa wakil BN-MCA, kini sejarah direkodkan apabila MCA diberi mandat oleh rakyat – satu kerusi di sebelah utara dan satu lagi di selatan.
Siow Kong Choon (John Siow) mencapai kemenangan luar biasa dengan menewaskan penyandang, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke untuk memenangi kerusi DUN Chennah manakala Koh Kim Swee (Ah Swee) di Repah.
“Tahniah diucapkan kepada dua calon BN -MCA, kepada John dan Ah Swee bawalah suara rakyat ke DUN dengan baik dan berkhidmatlah dengan sepenuh hati untuk rakyat Negeri Sembilan,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau turut mengingatkan John Siow Kong Choon (Chennah) dan Koh Kim Swee (Repah) bahawa mereka tidak akan ada “tempoh berbulan madu” kerana tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat bermula serta-merta, sejurus diumumkan menang.
“Kepada semua calon BN khususnya MCA yang tidak berjaya dalam PRN kali ini, percayalah bahawa perjalanan anda semua tidak terhenti setakat ini sebaliknya kita akan terus berdiri bersama,” katanya
Katanya, perkhidmatan untuk rakyat tidak pernah ditakrifkan dengan memegang jawatan tetapi sentiasa menjadi keutamaan.
Ka Siong turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Negeri Sembilan yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN)
“Terima kasih jentera BN dan semua yang membantu bekerja keras memenangkan BN, serta pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), sukarelawan dan semua yang terlibat memastikan perjalanan PRN Negeri Sembilan kali ini berjalan lancar.
“Tahniah kepada semua yang menang,” katanya.
Nnnn
