56 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 3 April – Kementerian Kesihatan melaporkan 56 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,069 orang, daripada 4.2 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 11 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah kes BID  7,397 .

Tiga negeri merekodkan 10 kematian baharu, iaitu Perak (termasuk dua BID), Selangor (termasuk lima BID) dan Kuala Lumpur.

Johor menyusul dengan lapan korban baharu termasuk satu BID; Kedah (tujuh dengan dua BID); Melaka (tiga dengan satu BID); Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing dua); serta Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu (masing-masing satu).

Sementara itu, terdapat 201,232 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 196,491 individu atau 97.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 555 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dnan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,925 kes dirawat di hospital dan 261 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 153 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment