WHO gantung bekalan Covaxin

GENEVA 3 April – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung bekalan vaksin Covid-19 Covaxin yang dihasilkan Bharat Biotech, India bagi membolehkan pengilang menaik taraf kemudahan dan menangani kekurangan yang ditemui.

Berikutan itu, WHO meminta negara-negara yang telah menerima vaksin untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung penggantungan itu.

Bagaimana pun, WHO berkata, vaksin itu berkesan dan tiada kebimbangan keselamatan yang wujud, namun penggantungan pengeluaran untuk eksport akan mengakibatkan gangguan bekalan Covaxin.

Penggantungan itu adalah sebagai tindak balas kepada hasil pemeriksaan penyenaraian penggunaan kecemasan (EUL) WHO yang dijalankan dari 14 Mac hingga 22 Mac dan pembuat vaksin menyatakan komitmen untuk menggantung pengeluaran Covaxin untuk eksport.

Pada Jumaat, pengeluar vaksin itu berkata ia memperlahankan pengeluaran Covaxin, kerana permintaan menurun bersama dengan penurunan jangkitan dan liputan imunisasi yang lebih luas di negara-negara.

WHO berkata bahawa syarikat itu “komited untuk mematuhi dengan menangani kekurangan dan sedang membangunkan pelan tindakan pembetulan dan pencegahan, untuk diserahkan kepada Ketua Pengawal Ubat-Ubatan India (DCGI) dan WHO”.

Related posts

Leave a Comment