Indonesia, Brunei, Singapura puasa Ahad

PUTRAJAYA 2 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada kadar 0.7 seperti direkodkan kelmarin.

Selangor kekal satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.0 iaitu 1.07 berbanding 1.06 kelmarin diikuti Melaka yang menyamai kadar 0.87 sementara negeri-negeri lain berada di bawah kadar kebangsaan.

Perak merekodkan 0.86, Sarawak 0.85, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.83, dan Negeri Sembilan 0.80.

Ini diikuti  Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.79, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.77, Pulau Pinang 0.76, Johor dan Terengganu masing-masing 0.74, Perlis dan Kedah masing-masing 0.72.

Manakala Kelantan merekodkan 0.67 dan Sabah 0.65.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment