R-naught naik 1.07

PUTRAJAYA 11 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam (10 Ogos) untuk seluruh negara adalah 1.07 berbanding 1.06 semalam.

Sepuluh negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) melebihi purata kebangsaan.

Perlis mencatat kadar tertinggi dengan 1.37 diikuti Kelantan 1.21, Sabah 1.16, Perak 1.15, Terengganu 1.14, Sarawak 1.14, Kedah 1.13, Pulau Pinang 1.12, Pahang 1.10 dan Johor 1.09.

Lima negeri merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 1.06, Kuala Lumpur 1.04, Selangor 1.02, Melaka 1.01, dan Putrajaya 0.98.

Sementara itu, Labuan mencatat satu kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac, manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment