Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 25 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara naik semula kepada 0.91 berbanding 0.90 kelmarin.

Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi, dua menyamai kadar kebangsaan manakala yang lain lebih rendah.

Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.06 berbanding 1.03 kelmarin diikuti Perak 0.99, Sarawak 0.97, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.96 dan Melaka 0.94.

Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing mencatatkan kadar 0.91.

Ini diikuti Negeri Sembilan 0.89, Pahang dan Johor masing-masing 0.87, Terengganu 0.86, Perlis 0.83, Kedah 0.82, Kelantan 0.76, Wilayah Persekutuan Labuan 0.75 dan Sabah 0.65.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment