Geylang Serai kembali ceria

SELEPAS dua tahun Wisma Geylang Serai suram ketika menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri akibat Covid-19, tahun ini keadaan bakal berubah. Destinasi popular Singapura setiap kali menjelang hari raya kini bermandikan cahaya selepas majlis Pelancaran Lampu Hari Raya 2022 malam ini. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong yang menyifatkan hari raya tahun ini istimewa berikutan kelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat. “Sudah dua tahun, kita semua memerangi wabak ini Masyarakat Melayu-Islam khususnya telah mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan. Terima kasih atas kerjasama anda,” katanya. Beliau berkata, masyarakat Melayu/Islam tempatan menunjukkan “Semangat Singapura”…

Read More

7,584 kes baharu Covid-19

SINGAPURA 25 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,584‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan jumlah kematian pula sebanyak 13 orang. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,060,723 dengan jumlah kematian pula 1,239 orang. Menurut MoH, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,376 adalah jangkitan tempatan dan 208 lagi adalah kes import. Sebanyak 6,486 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 171…

Read More

Berat berlebihan membimbangkan

KUALA LUMPUR 25 Mac – Masalah berat badan berlebihan dan obesiti kini meningkat pada kadar yang membimbangkan dengan satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, penemuan itu hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS). Kajian setiap empat tahun itu mendapati 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019. “Ini bermakna satu dalam dua orang dewasa kini berlebihan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, 30 peratus daripada mereka berumur lima hingga…

Read More

Vaksinasi dos penggalak ke rumah

KUALA LUMPUR 25 Mac – ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menyediakan perkhidmatan Home Vaccination,  program vaksinasi ke rumah, khusus untuk warga emas yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) berikutan masalah logistik. Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Dr Anas Alam Faizli, memaklumkan perkhidmatan itu disediakan bagi memperluas dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak, sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima vaksin yang tidak mendapatkan dos penggalak sehingga 31 Mac ini. Katanya, pendaftaran bagi perkhidmatan itu boleh dibuat melalui talian penting nasional untuk Home Vaccination iaitu 1700-811-007 setiap hari…

Read More

26,050 kes baharu di Thailand

BANGKOK 25 Mac – Thailand merekodkan 26,050 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 27,024 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,477,030 kes. Sebanyak 25,912 kes baharu melibatkan kalangan penduduk awam, 102 penghuni penjara dan 36 kes import termasuk dari Myanmar, Jerman, Hong Kong, United Kingdom, Turki, Kemboja, Israel, Perancis, Indonesia, Belgium dan Singapura. Jumlah kes harian yang dilaporkan tidak termasuk 26,655 kes positif yang direkodkan hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam lalu yang jika digabungkan membawa kepada 52,705. Angka kematian pula berkurangan kepada 69 berbanding 82 orang…

Read More

139 bot nelayan asing ditenggelamkan

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝟮𝟱 𝗠𝗮𝗰 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menenggelamkan dua bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Perhentian, semalam. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, bot-bot ini telah ditahan oleh Kapal Maritim (KM) PEKAN dan KM LANGKAWI melalui OP NAGA BARAT dan OP KUDA LAUT yang turut melibatkan penahanan 26 kru termasuk tekong warga Vietnam. Dua bot nelayan Vietnam itu ditahan serta dilucut hak oleh mahkamah tahun lepas atas kesalahan menceroboh dan menangkap…

Read More

Saudia Airlines bawa jemaah Malaysia

SAUDIA Airlines (SAUDIA), syarikat penerbangan Arab Saudi menandatangani penerimaan tawaran penerbangan haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan penerbangan sewa khas haji bagi jemaah Malaysia selama tiga tahun. Penerimaan tawaran ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif SAUDIA, Kapten Ibrahim Koshy manakala TH diwakili Pengarah Eksekutif Haji, Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Majlis menandatangani diadakan di Jeddah Superdome, Arab Saudi dan disaksikan Ketua Pengarah SAUDIA, Ibrahim Al Omar sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji serta Umrah anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Kapten Ibrahim berkata sebanyak 50 peratus jemaah haji akan…

Read More

756 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 25 Mac – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 756 kes berbanding 775 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 129,837. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terapat sembilan kes dalam kategori 4 dan satu kes dalam kategori 5. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam, beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 664 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) yang dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth. Sebanyak 92 kes lagi adalah daripada 1,448 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa…

Read More

Solat tanpa penjarakan di Kelantan

KOTA BHARU 25 Mac – Tiada lagi penjarakan fizikal bagi solat berjemaah termasuk solat Jumaat dan Tarawih di semua surau, musalla serta masjid di Kelantan berkuat kuasa 1 April ini. Perkara itu mendapat perkenan daripada Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata pelaksanaan solat Tarawih, sama ada lapan atau 20 rakaat serta Qiamullail dibenarkan sepanjang Ramadan.…

Read More