7,584 kes baharu Covid-19

SINGAPURA 25 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,584‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan jumlah kematian pula sebanyak 13 orang.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,060,723 dengan jumlah kematian pula 1,239 orang.

Menurut MoH, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,376 adalah jangkitan tempatan dan 208 lagi adalah kes import.

Sebanyak 6,486 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 171 kes import dan 6,315 jangkitan tempatan.

Manakala sebanyak 1,098 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,061 adalah jangkitan tempatan manakala 37 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 826 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 873 semalam, 101 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 28 dipantau rapi di ICU.

Seramai 12,655 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional, 92 peratus lengkap divaksin dua dos, 93 peratus menerima satu dos dan 71  peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment